Tuesday, November 16, 2010

lawak kot bnde ni..konon nkj ambk hti bapk mntua lol

KEPADA TEMAN2KU YANG INGIN AWEK S0LEHAH..INI LAH SYARAT2 BPAK MENTUA K0WG..LAYAN EA.!


Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar
umah aku pastu dok hon …hon,
pastikan ko bawak barang yang nak
dihantar..sebab ko takkan ambik ape2
atau sesapa.
Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak
aku depan atau belakang aku. Ko
boleh pandang dia, selagi mata ko tak
merayau lebih dari paras leher anak
aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari
dok pegang2 anak aku..aku boleh
tolong cabut dan jaga tangan ko kat
umah..
Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen
budak2 pakai seluar londeh sampai
nampak boxer atau spender ko. Aku
ni open-minded, so aku takkan suruh
ko pakai seluar tu elok2 cam manusia
normal. Tapi, bagi memastikan yang
seluar ko takkan terbukak atau dibukak
semasa ber ’dating’ ngan anak aku, aku
akan pakai stapler gun kat dalam laci
aku nih untuk lekatkan seluar ko kat
pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau
pasal kempen seks ‘selamat’ yang
omputih dok canang hari2 kat tv atau
internet. Kalo tak pakai perlindungan
cam kondom atau lain2, ko mungkin
akan dapat penyakit yang mungkin
membunuh ko satu hari nanti. Meh
sini aku nak bagitau, kalo ngan anak
aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku
akan mendatangkan sakit kat tubuh
badan ko dan kemungkinan besar
akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak
berkenalan lebih baik ngan aku ni
sebagai calon bapak mertua ko..ko
nak berbual pasal politik, pasal sukan
atau lain2 topik semasa. Aku takmo
dengar semua tuh. Satu jer topik yang
aku minat nak dengar: bila ko nak
antar anak aku balik ke umah ni
semula? Dan jawapan yang aku nak
dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem,
popular kat kolej/pejabat ko, banyak
peluang nak dating ngan aweks2 lain
yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan
kelebihan ko tu..selagi anak aku pon
ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali
ko dah couple ngan anak aku, ko
jangan pandai2 cari pompuan lain
sampai la anak aku dah bosan ngan
ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko
wat anak aku nangis, aku pulak akan
wat ko nangis.
Peraturan 7: Sementara ko menunggu
anak aku bersiap, jangan dok
mengeluh kalo dia bersiap lama
sangat. Kalo ko nak orang yang
punctual, ko leh dating ngan mat
askar. Kalo ko bosan menunggu kat
luar tu, tolong le wat ape yang patut,
cam basuh keta aku atau cat pagar
umah aku ni.
Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah
dilarang sama sekali korang pergi
dating; tempat yang ada katil, ada
sofa, ada rumput atau apa2 tempat
yang leh duduk2 atau baring2.
tempat2 yang takde kehadiran orang
tua, polis, tok imam. Tempat2 yang
gelap. Tempat2 yang membolehkan
korang berpegang tangan/menari atau
bersukaria. Tempat2 yang panas
sampai membuatkan anak aku
terpaksa pakai tshirt takde
lengan..pakai short skirt. Tempat yang
sejuk sampai ko kena panaskan badan
anak aku. Movie yang romantic,
berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie
pasal seksa kubur atau hari kiamat
dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu
aku. Aku ni nampak jer perut buncit,
kepala hampir botak, tapi aku akan tau
semua pergerakan ko dari spy2 aku.
Kalo aku tanya ko nak pegi mana,
dengan sapa lagi yang join ngan
korang, ko ada satu peluang jer nak
jawab dengan benar, tiada yang tak
benar melainkan benar belaka. Aku
ada satu senapang patah, satu cangkul
dan lima ekar tanah yang penuh hutan
kat belakang umah aku ni. Selalunya
aku dok menembak khinzir kat situ.
Kalo aku tembak kepala ko kat
belakang tu, takde sapa yang nak
tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku
ni..kalo boleh biar sampai sangat2
takut. Aku ni dok teringat2 lagi
peristiwa bukit kepong. Sampai skang
kalo ada orang datang umah senyap2
pastu dok berbual kat laman aku nak
tembak..aku ingatkan komunis. Nanti
dah abih dating, sampai kat pintu
pagar, bukak pintu kereta dan angkat
dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan
jelas “saya datang antar anak pakcik”.
Pastu terus blah. Tak payah masuk
minum teh. Kilauan matahari yang ko
nampak kat tingkap umah aku ni ialah
teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg sengaja menakutkan,
Bapak Kepada Gf ko.

No comments:

Post a Comment